GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Singapura: Tiga kes komuniti subvarian Omicron dikesan di Singapura, kata Kementerian Kesihatan negara itu, pada Ahad.

Dua kes jangkitan membabitkan varian BA.4, manakala satu kes tempatan lain dijangkiti varian BA.5.

"Ini adalah kes pertama yang membabitkan jangkitan BA.4 dan BA.5," kata kementerian itu yang mengesan kes berkenaan menerusi aktiviti pengesanan awam Covid-19.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (EEDC), baru-baru ini, mengklasifikasikan Omicron sebagai varian yang membimbangkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memasukkan BA.4 dan BA.5 dalam senarai pemantauan awal April lalu.

Kedua-dua subvarian itu dikesan pertama kali di Afrika Selatan awal tahun ini dan sejak itu ia menjadi varian dominan negara berkenaan.

Kes di Singapura dikesan melalui ujian lanjut terhadap sampel positif RT-PCR penjujukan genom keseluruhan, kata Kementerian Kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 9:52 AM