MANGSA yang maut dalam kemalangan berkenaan. FOTO EPA
MANGSA yang maut dalam kemalangan berkenaan. FOTO EPA
Agensi

Mexico City: Sekurang-kurangnya 53 migran haram terbunuh pada Khamis apabila sebuah trak treler terbalik di selatan Mexico, lapor AFP yang memetik pihak berkuasa.

Dalam pada itu Bernama melaporkan treler yang mengangkut mereka, kebanyakannya dari Amerika Tengah, terbalik di lebuh raya berhampiran Tuxtla Gutierrez, ibu kota negeri selatan Chiapas, lapor Xinhua memetik agensi perlindungan awam negeri itu.

Difahamkan kegagalan mekanikal menyebabkan trak itu melanggar tembok penghadang pada selekoh sebelum merempuh jambatan pejalan kaki, menyebabkan kontena kargo itu terpisah dan terbalik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Disember 2021 @ 12:00 PM