JOE Biden. FOTO AFP
JOE Biden. FOTO AFP
AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden negatif dua kali ujian Covid-19 dan tidak lagi perlu menjalani kuarantin selepas pulih daripada jangkitan, kata doktor pada Rabu.

"Petang semalam dan sekali lagi pagi ini, dia diuji negatif ​​untuk virus SARS-CoV-2 dengan ujian antigen.

Presiden akan menghabiskan kuarantin," kata doktor presiden Kevin O'Connor dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa Biden sudah pun menamatkan rawatan teraputik Paxlovid.

Pemimpin AS itu diasingkan di kediamannya sejak disahkan positif Covid-19, Khamis lalu.

Beliau menjalankan tugas penuh, tetapi dengan jadual yang lebih ringan semasa pemulihannya.

Walaupun kini tidak lagi diasingkan, presiden akan memakai pelitup muka selama 10 hari ketika berada di sekeliling orang lain dan terus menguji virus secara berkala sekiranya berlaku rebound, kata O'Connor.

Biden tidak mengalami demam dan doktor gejalanya beransur pulih, dan hampir sembuh sepenuhnya.

Biden, 79, adalah presiden AS tertua dalam sejarah, tetapi doktor mengatakan beliau secara umumnya berada dalam keadaan sihat.

Sebelum ini, beliau menerima vaksin sepenuhnya dan menerima dua suntikan penggalak terhadap Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Julai 2022 @ 9:50 AM