Foto hiasan
Foto hiasan
Agensi

Washington: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lima tenteranya terkorban dalam insiden helikopter jatuh di Lautan Pasifik pada Selasa lalu.

Sebelumnya, kelima anggota tentera itu dinyatakan hilang selepas insiden itu berlaku.

Pengumuman kematian itu menyusul selepas usaha pencarian dan penyelamatan yang berlangsung lebih dari 72 jam di sekitar lokasi insiden dijalankan.

Lebih daripada 30 penerbangan dilakukan untuk mencari serpihan helikopter tentera serta menyelamatkan mangsa.

Bagaimanapun, nama anggota tentera yang terkorban itu masih dirahsiakan dan hanya keluarga masing-masing dimaklumkan oleh pimpinan Tentera Laut AS.

Selain itu, ada juga lima anggota lainnya yang cedera pada hari yang sama ketika insiden itu berlaku.

Mereka berada di kapal induk USS Abraham Lincoln, tempat helikopter itu ditempatkan sebelum terbabit nahas berkenaan. .

"Mereka (anggota cedera) pada saat ini berada dalam keadaan stabil," kata jurucakap Armada Pasifik Tentera Laut AS, Leftenan Samuel R Boyle.

Sebuah helikopter tentera AS jenis MH-60S dilaporkan jatuh ke laut di perairan San Diego, California pasa Selasa lalu sejurus berlepas dari kapal induk tentera negara itu, USS Abraham Lincoln.

Siasatan terhadap punca nahas masih dijalankan tetapi dengan fakta adanya anggota di atas kapal induk itu cedera menimbulkan tanda tanya sama ada helikopter terbabit terlebih dahulu melanggar Lincoln sebelum terhempas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 September 2021 @ 12:18 PM