MANHATTAN, New York. FOTO EPA
MANHATTAN, New York. FOTO EPA
AFP

Washington: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan mengeluarkan amaran baharu ancaman pengganas menjelang ulang tahun ke-20, serangan 11 September.

Buletin Sistem Nasihat Keganasan Kebangsaan berkata, AS berdepan 'peningkatan ancaman' daripada pengganas tempatan dan pihak yang terinspirasi dan dimotivasikan oleh pengganas luar negara serta pengaruh asing lain.

Ia menyatakan terdapat peningkatan penggunaan 'forum dalam talian dan menyebarkan naratif ekstrimis keganasan dan mempromosikan aktiviti keganasan'.

Amaran baharu dikemas kini pada Januari susulan serangan di Kongres AS oleh penyokong Presiden AS ketika itu iaitu Donald Trump, apabila DHS menyatakan negara berdepan dengan ancaman daripada golongan ekstrem yang antikerajaan dan bermotivasikan perkauman, dengan ada kalanya dipengaruhi anasir luar negara.

Buletin itu dikemas kini pada Mei, dengan DHS memberi amaran bahawa golongan ekstremis akan mengambil kesempatan atas kelonggaran peraturan berhubung Covid-19 untuk melakukan serangan.

Menurut nasihat berkenaan juga, menjelang sambutan ulang tahun ulang tahun ke-20 serangan 11 September, cawangan al-Qaeda di Yaman, Al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap) mengeluarkan majalah propaganda dalam versi Bahasa Inggeris, pertama kali dalam tempoh empat tahun.

AS yang menganggap Aqap sebagai cawangan Al-Qaeda paling berbahaya, melancarkan kempen serangan dron terhadap kumpulan itu di Yemen, selepas serangan 11 September.

DHS ditubuhkan selepas 11 September dan sering mengeluarkan amaran ancaman.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Ogos 2021 @ 12:33 PM