Ular boa kerdil yang ditemukan saintis. FOTO AFP
Ular boa kerdil yang ditemukan saintis. FOTO AFP
AFP

Quito: Saintis menemukan spesies baharu ular boa kerdil di Amazon.

Ular berukuran sehingga 20 sentimeter itu berwarna sama dengan ular boa dikenali sebagai Tropidophis Cacuangoae.

Dua spesimen ditemukan di rizab negara Colonso Chalupas dan di taman persendirian Sumak Kawsay.

Menurut Kementerian Alam Sekitar Ecuador, nama kedua ular itu diambil sempena menghormati aktivis hak Orang Asli awal abad ke-20 iaitu Dolores Cacuangoae.

Kata kementerian itu, penemuan itu membawa kepada enam spesies Tropodophis yang terancam di Amerika Selatan.

Penyelidik Ecuador, Mario Yanez dari Institut Biodiversiti Kebangsaan (INABIO), ular itu adalah satu peninggalan masa, haiwan yang sangat tua dan penemuannya adalah satu keistimewaan.

Spesies ular ini adalah sangat luar biasa kerana bercirikan 'pelvis vestigal' untuk ular primitif.

Ia akan diambil sebagai bukti oleh sesetengah pihak bahawa ular itu berasal daripada keturunan biawak yang kehilangan anggota badan selama jutaan tahun.

Penemuan itu akan diterbitkan dalam Jurnal Taksonomi Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2023 @ 3:41 PM