ANTARA labah-labah yang dirampas daripada suspek. FOTO Agensi
ANTARA labah-labah yang dirampas daripada suspek. FOTO Agensi
Agensi

Bogota: Pihak berkuasa Colombia merampas ratusan labah-labah dan serangga sekali gus menggagalkan cubaan untuk menyeludup hidupan itu ke Eropah.

Mirror UK melaporkan, menurut kenyataan pihak berkuasa alam sekitar Bogota, sekurang-kurangnya 232 tarantula, 67 lipas, sembilan telur labah-labah dan seekor kala jengking dengan tujuh anaknya dirampas di lapangan terbang El Dorado, di ibu negara.

Pasangan warga Jerman ditahan di lapangan terbang pada Khamis selepas didapati mempunyai muatan hidupan itu dalam simpanan mereka.

Haiwan itu disimpan di dalam lebih 200 bekas plastik yang disembunyikan di dalam beg pakaian.

Pasangan itu mendakwa membawa haiwan itu menaiki kargo ke Eropah untuk tujuan akademik.

Bagaimanapun, The Independent melaporkan, pihak berkuasa memaklumkan mereka tidak mempunyai permit untuk mengeluarkan serangga dari Colombia.

Pegawai berkata, kedua-dua individu itu sudah ditahan dan akan didakwa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Disember 2021 @ 10:21 AM