LELAKI minum darah lembu selepas disembelih.
LELAKI minum darah lembu selepas disembelih.
Agensi

Bandung: Gara-gara kemurungan akibat ditinggal isteri, seorang lelaki di Indonesia tergamak minum darah lembu ketika proses penyembelihan haiwan korban itu berlangsung.

Rakaman video dipercayai berlaku di Garut Jawa Barat itu tular di media sosial memaparkan lelaki terbabit menadah darah lembu disembelih menggunakan gelas.

Selepas gelas penuh, lelaki terbabit terus meminumnya sambil berjalan walaupun perbuatan peliknya itu ditegur penduduk tempatan.

Jawatankuasa Siasatan Jenayah Balai Polis Tarogong Kidul, Wahyono Adji mengesahkan kejadian berlaku di Kampung Seni, Jayawaras ketika penduduk tempatan menyempurnakan acara sembelihan lembu korban.

"Lelaki berusia 50 tahun itu kurang sihat dan kemurungan akibat ditinggal isteri," katanya.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2020 @ 7:20 AM