GAMBAR pada 21 Julai menunjukkan peserta tunjuk perasaan menggunakan payung untuk menghalang kemaraan pasukan keselamatan persekutuan di Portland, Oregon ketika demontrasi anti-perkauman. FOTO AFP
GAMBAR pada 21 Julai menunjukkan peserta tunjuk perasaan menggunakan payung untuk menghalang kemaraan pasukan keselamatan persekutuan di Portland, Oregon ketika demontrasi anti-perkauman. FOTO AFP
AFP

New York: New York akan mencabar keputusan Presiden Donald Trump yang menghantar pasukan agensi keselamatan persekutuan ke negeri itu bagi menyuraikan protes anti-perkauman.

Minggu lalu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat menghantar pasukan polis sempadan dan marshall persekutuan ke Portland, Oregon untuk tujuan berkenaan.

Pada Isnin, Trump berkata, pihaknya sudah melakukan kerja yang bagus dalam menangkap anarchist dan mengancam untuk menggerakkan agensi pasukan keselamatan lain ke bandar lain yang diwakili oleh perwakilan parti Demokrat.

Beliau memberi alasan bahawa tindakan itu perlu dibuat dengan mendakwa Chicago 'sudah menjadi lebih teruk daripada Afghanistan'.

Bagaimanapun, langkah itu dilihat pengkritik sebagai gimik politik.

"Jika beliau mahu melaksanakannya, ia hanya menimbulkan masalah, tidak akan membuat penduduk lebih aman dan kita akan membawa perkara ini ke mahkamah.

"Pada pandangan saya, ini adalah satu lagi contoh tindakan yang berpelembagaan yang dibuat oleh Presiden," kata Datuk Bandar New York Bill de Blasio kepada pemberita.

Keputusan Trump untuk menggerakkan pasukan penguatkuasaan undang-undang persekutuan - dengan ada tidak memakai tag pengenalan diri - untuk campur tangan dalam rusuhan tempatan itu menimbulkan kemarahan.

Ada antara anggota pasukan itu tidak memakai pengenalan diri.

Sejak pasukan berkenaan tiba di Portland, rakaman video menunjukkan ada peserta tunjuk perasaan yang ditahan dan dibawa masuk ke dalam kenderaan yang tidak bertanda.

Kebanyakan daripada mereka yang ditahan dibebaskan kemudian, tetapi pengkritik termasuk senator dan gabenor tidak memakai pengenalan diri.

Oregon menyamakan langkah itu seperti 'polis rahsia' yang menindas masyarakat.

Oregon sudah mengemukakan saman di mahkamah kerana mendakwa langkah DHS itu sebagai mencabuli undang-undang.

Pada Isnin, datuk bandar di enam bandar utama iaitu Atlanta, Washington, Seattle, Chicago, Portland dan Kansas City dalam surat kepada DHA menyatakan bahawa langkah berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 9:49 AM