GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Kiev: Seorang lelaki bersenjata merampas sebuah bas dan menjadikan 20 penumpangnya sebagai tebusan dalam satu kejadian di barat laut Ukraine, hari ini.

AFP melaporkan, susulan kejadian itu, polis bertindak menutup pusat bandar Lutsk, sebuah bandar 400 Kilometer km di barat Kiev.

Menerusi satu kenyataan dalam Facebook (FB), penyerang bersenjata terbabit turut membawa bersamna bahan letupan.

Media Ukraine melaporkan bahawa tembakan dapat didengar di tempat kejadian tetapi tidak pasti sama ada ada yang cedera atau sebaliknya.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy mengatakan bahawa penyerang terbabit merampas bas pada jam 9.25 pagi waktu tempatan.

"Tembakan itu didengari dan bas berkenaan rosak," kata Zelenskiy menerusi hantaran di FB.

Tambah Zelenskiy, langkah sewajarnya sedang diambil untuk menyelesaikan isu berkenaan tanpa konflik yang menyebabkan kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2020 @ 8:10 PM