PENJUAL makanan dan minuman di pawagam pandu masuk terbesar Eropah, 'Cinema Paolo Ferrari', di parkir Cineland, Ostia, barat Rom. FOTO AFP
PENJUAL makanan dan minuman di pawagam pandu masuk terbesar Eropah, 'Cinema Paolo Ferrari', di parkir Cineland, Ostia, barat Rom. FOTO AFP
AFP

Rom: Itali mengharamkan kemasukan pelawat dari 13 negara berisiko tinggi menularkan Covid-19.

Ia termasuk Brazil, Armenia, Bahrain, Bangladesh, Bosnia, Brazil, Chile, Republik Dominican, Kuwait, North Macedonia, Moldova, Oman, Panama dan Peru.

Perintah larangan itu ditandatangani oleh Kementerian Kesihatan negara itu bersama-sama Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan.

"Pandemik ini sudah memasuki fasa yang lebih serius," kata Menteri Kesihatan Itali, Roberto Speranza.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mensia-siakan pengorbanan rakyat Itali, sejak beberapa bulan lalu.

Itali menjadi negara pertama di luar China dengan kes Covid-19.

Setakat ini, angka rasmi menunjukkan lebih 242,000 kes positif Covid-19 di Itali dengan lebih 35,000 kematian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 11:39 AM