GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

BEIJING: Tiga terbunuh, manakala tujuh lagi cedera ditikam seorang lelaki dalam serangan di pasar raya di luar bandar, tenggara China, kata polis negara itu hari ini.

Polis dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 35 tahun terbabit ditangkap sejurus selepas kejadian yang berlaku pada lewat semalam di wilayah Fujian, namun tidak mendedahkan senjata digunakan suspek dalam kejadian itu.

Mereka yang cedera dalam keadaan stabil di hospital, lapor kenyataan itu.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas 39 murid dan kakitangan cedera apabila diserang menggunakan pisau di sebuah sekolah rendah luar bandar di wilayah Guangxi, selatan China.

Penyerang dilaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 50 tahun di sekolah itu dan sudah ditangkap.

Keganasan menggunakan pisau bukan sesuatu yang jarang berlaku di China kerana penggunaan senjata api dikawal ketat, negara itu merekodkan beberapa siri serangan di sekolah sejak beberapa tahun kebelakangan ini

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 2:48 PM