PENGGUNA pengangkutan awam di Curitiba, Brazil memakai pelitup muka. FOTO AFP
PENGGUNA pengangkutan awam di Curitiba, Brazil memakai pelitup muka. FOTO AFP
AFP

Brasilia: Brazil mengambil alih kedudukan Rusia sebagai negara kedua yang merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi.

Setakat ini, ia merekodkan 330,890 kes positif wabak berkenaan.

Ia juga menyebabkan 21,048 kematian di negara itu.

Kes di negara itu melonjak ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Amerika Selatan sebagai "pusat baharu" wabak berkenaan. .

"Jelas ada kebimbangan di kebanyakan negara berkenaan tetapi jelas sekali Brazil adalah yang paling terkesan ketika ini," kata Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan.

Ketika ini, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi.

Menurut data Universiti John Hopkins, AS merekodkan lebih daripada 1.6 juta kes dan hampir 97,000 kematian.

Rusia mendaftarkan 326.488 kes dan 3.200 kematian.

Angka kematian Brazil ketika ini adalah yang keenam tertinggi di dunia, di belakang Amerika Syarikat, Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Bagaimanapun, wabak itu dipercayai tidak akan memuncak di Brazil sehingga Jun depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 11:27 AM