GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

BAGI membantu negara lain menghadapi wabak Covid-19, Rusia menghantar kit ujian ke negara-negara termasuk Iran, Korea Utara dan bekas negara Soviet.

Pemerhati kesihatan negara dalam satu kenyataan berkata, Moscow telah menghantar 800 kit ujian ke bekas negara Soviet (USSR) termasuk Uzbekistan dan Azerbaijan, serta Iran, Korea Utara dan Mongolia.

Sekutu Russia menerima 500 kit yang boleh digunakan untuk menjalankan 50,000 ujian dan ia dibekalkan secara percuma.

Iran adalah antara negara paling terjejas oleh wabak itu dengan 9,000 kes dan 354 kematian.

Korea Utara yang juga sekutu lain Moscow, belum mengesahkan sebarang kes Covid-19, walaupun terdapat wabak besar di negara jirannya, Korea Selatan.

Rusia telah membekalkan 10 negara dengan kit ujian yang telah digunakan untuk mengenal pasti kes di Belarus dan Armenia.

Ujian dibuat di "Vector", sebuah pusat penyelidikan virus dan bioteknologi di bandar Novosibirsk, Siberia.

Awal bulan ini, Rusia melarang eksport topeng pembedahan, ventilator dan pakaian hazmat untuk memastikan bekalan untuk warganya sendiri.

Setakat ini, Rusia mengesahkan 28 kes Covid-19, kebanyakannya terdiri daripada mereka yang baru pulang dari melawat Itali.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2020 @ 8:39 PM