PETUGAS kesihatan menyembur cecair penyah kuman dihadapan Gereja Shincheonji.
PETUGAS kesihatan menyembur cecair penyah kuman dihadapan Gereja Shincheonji.
AFP

DAEGU: Korea Selatan mengesahkan terdapat 52 kes koronavirus baharu (Covid-19) yang menjadikan jumlah semua sebanyak 156 kes.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea berkata sebanyak 39 kes Covid-19 adalah membabitkan anggota Gereja Shincheonji, Daegu.

Sehingga kini 80 anggotanya dijangkiti wabak itu, bermula dengan wanita berusia 61 tahun yang mengalami demam pada 10 Februari lalu.

Wanita itu dikatakan hadir ke gereja sebanyak empat kali sebelum dikesan mengidap Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Februari 2020 @ 12:30 PM