ORANG ramai beratur bagi membeli penutup mulut dan hidung di pejabat pos di Daegu, Korea Selatan. FOTO Reuters
ORANG ramai beratur bagi membeli penutup mulut dan hidung di pejabat pos di Daegu, Korea Selatan. FOTO Reuters
Reuters

SEOUL: Hospital di Daegu, bandar di mana pusat wabak koronavirus baharu (Covid-19) dikesan di Korea Selatan, mengalami masalah kekurangan katil.

Ia bagi menempatkan pesakit yang disahkan dijangkiti virus itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Kim Gang-lip berkata, seramai 2,300 orang kini menunggu untuk dimasukkan ke hospital dan fasiliti kesihatan sementara.

Beliau berkata, hospital tentera dengan kapasiti 100 katil, akan menerima tambahan 200 lagi katil sebelum Khamis ini.

Selasa lalu, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengumumkan perang terhadap wabak berkenaan.

Beliau turut melancarkan pakej rangsangan ekonomi bagi mengatasi kesan daripada Covid-19.

Dalam pada itu, negara berkenaan melaporkan 516 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan 5,328 kes.

Sekurang-kurangnya 32 orang disahkan meninggal dunia akibat wabak itu.

Bagaimanapun, jumlah itu dijangka meningkat kerana pihak berkuasa masih belum selesai menjalankan ujian terhadap 200,000 ahli kumpulan agama di Daegu.

Ini kerana wabak terbabit dikesan daripada pengikut kumpulan berkenaan di sebuah gereja di bandar itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2020 @ 2:30 PM