KOKAIN yang dirampas dari kontena. FOTO Reuters.
KOKAIN yang dirampas dari kontena. FOTO Reuters.
AFP

San Jose: Polis Costa Rica merampas lebih lima tan kokain disembunyikan dalam kontena yang akan dihantar ke Belanda, semalam dan ia rampasan terbesar dalam sejarah negara itu.

Dadah itu disembunyikan di dalam kontena yang diisytihar sebagai bunga hiasan di Pelabuhan Limon dan akan dihantar ke Rotterdam, kata Menteri Dalam Negeri, Michael Soto Rojas.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek warga tempatan berusia 46 tahun.

Kontena mencurigakan itu ditemui Jumaat lalu, dan pemeriksaan menemui 202 beg pakaian mengandungi 5,048 bungkusan kokain dianggarkan seberat satu kilogram setiap satu.

Amerika Tengah adalah satu daripada laluan bagi sindiket dadah diketuai Amerika Selatan ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Februari 2020 @ 2:54 PM