KASTAM Hamburg merampas 4.5 tan kokain. FOTO AFP
KASTAM Hamburg merampas 4.5 tan kokain. FOTO AFP
Reuters

BERLIN: Pihak berkuasa Jerman merampas 4.5 tan dadah jenis kokain yang dianggarkan bernilai 1 bilion euro (RM4.61 bilion) di utara bandar pelabuhan Hamburg, Jerman.

Reuters yang memetik Kastam Hamburg berkata, mereka melakukan pemeriksaan terhadap kontena mencurigakan yang tiba dua minggu lalu dari Motevideo, Uruguay dan dipercayai untuk dihantar ke Antwerp, Belgium.

Kontena itu diisytihar sebagai muatan berisi kacang soya namun pihak berkuasa menemui 221 beg sukan berwarna hitam yang mengandungi 4,200 paket kokain mampat, katanya dalam satu kenyataan.

“Dadah ini ditemui dalam satu rampasan terbesar di Jerman. Ia kemudiannya dimusnahkan mengikut undang-undang dan keselamatan yang ketat,” katanya.

SEBANYAK 221 beg sukan berwarna hitam yang dirampas mengandungi 4,200 paket kokain mampat. FOTO AFP
SEBANYAK 221 beg sukan berwarna hitam yang dirampas mengandungi 4,200 paket kokain mampat. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 9:38 PM