KAKITANGAN perubatan memeriksa sebuah bangunan kediaman di Hong Kong selepas dua penghuninya disahkan positif koronavirus baharu. FOTO AFP
KAKITANGAN perubatan memeriksa sebuah bangunan kediaman di Hong Kong selepas dua penghuninya disahkan positif koronavirus baharu. FOTO AFP
Agensi

Bangkok: Thailand tidak membenarkan penumpang sebuah kapal persiaran dari untuk mendarat di negara itu.

Reuters melaporkan Kementerian Kesihatan negara itu dalam kenyataan itu berkata, ia berikutan kebimbangan penularan wabak koronavirus baharu.

Syarikat kapal itu berpangkalan di Miami, Amerika Syarikat itu sebelum ini berkata, kapal MS Westerdam akan berlabuh di Bangkok pada 13 Februari.

Sebelum ini kapal sama tidak dibenarkan berlabuh di Filipina dan Jepun, atas alasan sama.

Sebelum ini, dua kapal persiaran dikuarantin di Hong Kong dan Yokohama, Jepun, dikuarantin.

Ia selepas bekas penumpang yang pernah belayar dengan kapal itu positif wabak berkenaan.

Bagaimanapun, ketika ini, hanya kapal di Jepun masih dikuarantin, manakala penumpang kapal di Hong sudah dibenarkan mendarat.

Dalam perkembangan sama, AFP melaporkan 100 penghuni sebuah kediaman 35 tingkat di Hong Kong dievakuasi.

Ia selepas dua individu, masing-masing lelaki dan wanita, yang menetap di bangunan sama, disahkan positif virus itu.

Susulan kejadian, pihak berkuasa menyiasat sama ada virus itu tersebar melalui sistem paip di bangunan berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 11:48 AM