KEJADIAN berlaku kira-kira jam 1.15 pagi waktu tempatan di kampung Lutago. FOTO AGENSI
KEJADIAN berlaku kira-kira jam 1.15 pagi waktu tempatan di kampung Lutago. FOTO AGENSI
AFP

ROME: Enam pelancong Jerman terbunuh manakala 11 orang lagi cedera akibat dirempuh pemandu kereta yang disyaki mabuk di sebuah perkampungan di Alps Itali awal pagi ini.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 1.15 pagi waktu tempatan di kampung Lutago di wilayah Tyrol Selatan, berhampiran sempadan Austria.

Kejadian berlaku selepas sekumpulan pelancong Jerman meninggalkan bas menuju ke arah sebuah kelab malam sebelum mereka dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju.

Beberapa mangsa dilaporkan tercampak sejauh puluhan meter dari lokasi kejadian.

Jurucakap Bomba Lutago memberitahu AFP, dua daripada mangsa mengalami kecederaan serius dan terpaksa dihantar ke sebuah hospital di Innsbruck, Austria menggunakan helikopter.

Menurut Rainews24, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai mabuk dan turut dirawat di hospital di bawah pengawasan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 January 2020 @ 9:24 PM