173 orang bangsa Rohingya cuba melepasi perairan Myanmar. FOTO/AGENSI
173 orang bangsa Rohingya cuba melepasi perairan Myanmar. FOTO/AGENSI
Reuters

YANGON: Myanmar menahan sebuah kapal yang membawa 173 Muslim Rohingya di perairan selatan, kata pihak berkuasa, hari ini.

Menurut jurucakap tentera, Tun Tun Ny, tentera laut merampas kapal berkenaan yang turut dinaiki 22 kanak-kanak, di luar perairan Kawthaung, wilayah Tanintharyi Ahad lalu.

“Tentera laut menemui mereka dalam keadaan mencurigakan. Polis akan mengambil alih menurut undang-undang,” katanya kepada Reuters melalui telefon.

Penolong pengarah pejabat pentadbiran Kawthaung, Myat Thu, berkata belum dapat dipastikan mereka berlayar sama ada dari Myanmar atau Bangladesh.

Lebih 730,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh daripada kekejaman tentera pada 2017, seperti yang dilaporkan penyiasat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai genosid termasuk merogol dan pembunuhan beramai-ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Disember 2019 @ 8:41 PM