PENGUSIRAN itu sebagai tindak balas berturut-turut selepas Berlin mengusir dua diplomatnya. FOTO The Moscow Times
PENGUSIRAN itu sebagai tindak balas berturut-turut selepas Berlin mengusir dua diplomatnya. FOTO The Moscow Times
Reuters

MOSCOW: Kementerian Luar Russia hari ini, akan mengusir keluar dua diplomat Jerman dari Moscow sebagai tindak balas berturut-turut selepas Berlin mengusir dua diplomatnya.

Jerman mengumumkan pengusiran itu minggu lalu, apabila Moscow enggan bekerjasama dalam siasatan pembunuhan bekas komander Chechen di sebuah taman di Berlin dan mendakwa pembabitan Russia atau Chechnya.

Semalam, Kementerian Luar Negeri Russia memanggil duta besar Jerman di Moscow dengan mengeluarkan bantahan rasmi pengusiran dan dua diplomat Jerman berkenaan mempunyai masa selama tujuh hari untuk meninggalkan negara itu, katanya dalam kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 5:12 PM