TESCO di Thailand
TESCO di Thailand
AFP

LONDON: Rangkaian pasar raya terbesar Britain, Tesco memberitahu, ia mempertimbangkan untuk menjual perniagaannya di Thailand dan Malaysia.

“Tesco mengesahkan menilai pilihan strategik perniagaannya di Thailand dan Malaysia termasuk mempertimbangkan kemungkinan menjual perniagaan ini,” kata syarikat itu dalam kenyataan ringkas kepada Bursa Saham London.

Tambahnya, penilaian pilihan strategik itu masih di peringkat awal, tiada keputusan mengenai masa depan Tesco Thailand atau Malaysia diambil.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika ketua eksekutif Tesco, Dave Lewis bakal berundur pada 2020.

Sepanjang lima tahun dilantik ke jawatan itu, Lewis melaksanakan pembaharuan besar-besaran dengan membuang ribuan pekerja, sebahagian program mengurangkan kos.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Disember 2019 @ 5:18 PM