Agensi

MOSCOW: Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 30 meter dipercayai ‘ditolak’ keluar tingkap oleh kucingnya dan terjatuh dalam timbunan salji.

Mail Online melaporkan, budak perempuan itu tinggal seorang diri di rumah dan bermain dengan kucingnya sementara menunggu ibunya pulang di bandar Novy Urengoy tengah Russia.

Budak itu dilaporkan memakai baju sejuk yang tebal dan meletakkan kucing di dalam beg galasnya.

Dia kemudiann membuka tingkap di biliknya dan melihat ke bawah untuk mencari ibunya.

Pada masa yang sama kucing itu melompat keluar dari beg menyebabkan kanak-kanak itu hilang imbangan dan terus terjatuh keluar tingkap.

Kanak-kanak itu terjatuh di atas timbunan salji dan seorang pejalan kaki yang melihat kejadian itu segera menghubungi ambulans.

MANGSA terjatuh dari tingkap rumahnya setinggi 30 meter dan terjatuh di atas timbunan salji yang tebal (gambar kecil). - Agensi
MANGSA terjatuh dari tingkap rumahnya setinggi 30 meter dan terjatuh di atas timbunan salji yang tebal (gambar kecil). - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Disember 2019 @ 12:01 PM