Suliati Asri

Kepetahan si kecil menceritakan pengalaman bermain salji buat kali pertama cukup mencuit hati. Mana tidaknya, salji yang turun setiap 30 minit itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk berseronok dengan melakukan pelbagai aksi.

Pelbagai aktiviti dilakukan seperti membina pokok krismas dan menjelajah di setiap ruang dengan dekorasi sambutan Krismas yang berwarna-warni dan penuh kemeriahan. Ia bagaikan membawa kanak-kanak dan orang dewasa ke dalam dunia fantasi.

Ingin merasai sendiri pengalaman terindah itu tanpa perlu membeli tiket penerbangan ke negara empat musim? LEGOLAND® Malaysia Resort adalah lokasi yang harus dikunjungi.

Sepanjang Disember ini, LEGOLAND® Malaysia Resort membawa musim sejuk ke Malaysia menerusi percutian ‘Brick-Tacular’ yang pastinya di luar jangkauan pengunjung.

Persis berada di dalam ‘Winter Wonderland’, kunjungan ke taman tema ini bersama keluarga pasti menjadi satu pengalaman musim sejuk penuh keajaiban dan sambutan Krismas yang paling unik dengan salji buatan yang berguguran setiap 30 minit di hadapan Big Shop.

Melihat rusa kutub LEGO® yang direka cantik bersama makhluk mitos, elf nyata memuatkan anda seisi keluarga kagum.


Kepelbagaian aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga menambahkan lagi keseronokan percutian musim sejuk di LEGOLAND® Malaysia Resort.

Menampilkan 31 tingkap yang melambangkan setiap hari dalam bulan Disember, setiap pengunjung bertuah berpeluang membuka satu tingkap pada jam 7 malam dan memenangi hadiah hebat menerusi cabutan bertuah Kalendar Advent LEGO® yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM100,000 termasuk percutian ke LEGOLAND Billund di Denmark untuk empat sekeluarga.

Aktiviti pembinaan LEGO® Musim Perayaan pula bukan saja memberi peluang kepada kanak-kanak belajar membina orang salji serta pokok Krismas LEGO® sendiri, tetapi rekaan mereka akan dipasangkan pada pokok-pokok di sekitar taman tema.

Menambahkan kemeriahan sambutan Krismas pada 25 Disember ini, kanak-kanak turut berpeluang menghantar surat dan mendapat kedudukan terbaik dalam ‘senarai nama budak nakal dan budak baik’ serta bertemu Santa Klaus menerusi LEGO® Santa’s Grotto.


Jangan lepaskan peluang menyertai Jingle Bell Ball, iaitu majlis tari-menari LEGOLAND® Malaysia Resort untuk berparti dan menari dengan makhluk mitos elf serta watak popular yang digemari ramai seperti Rudolf, Ollie The Dragon serta LEGO® Toy Soldier yang mungkin membuat penampilan khas menambahkan kemeriahan.

Majlis tari-menari itu berlatarbelakangkan pokok Krismas LEGO® Duplo tertinggi di Asia Tenggara, yang dibina dengan 427,695 bongkah LEGO® yang juga kesinambungan tradisi tahunan LEGOLAND® Malaysia Resort.

Pertunjukan bunga api 3D LEGO® yang bakal menerangi langit taman tema itu sebagai tanda ucapan selamat tinggal musim percutian dan menyambut Tahun Baru pastinya mengujakan dengan bongkah-bongkah LEGO® yang jatuh dari langit semasa pertunjukan itu.

Selesai meneroka dan merasai sendiri kehebatan musim salji di LEGOLAND® Malaysia Resort, menginap di Hotel LEGOLAND® yang menawarkan 258 bilik pada harga bermula RM670 semalam pasti mengujakan.

Di bina ibarat susunan LEGO®, hotel ini menawarkan empat pilihan tema bilik iaitu LEGO® Pirate, LEGO® Kingdom, LEGO® Adventure dan LEGO® Ninjago yang memberikan keselesaan tersendiri.


Selain dekorasi setiap bilik yang mengujakan, Hotel LEGOLAND® ini juga sangat mesra kanak-kanak kerana boleh bermain dengan ribuan kepingan LEGO® yang disediakan sementara menunggu ibu bapa berurusan di kaunter.

Jika anda pemilik pas premium, boleh mendapatkan harga bilik promosi dari mana-mana empat bilik selain diskaun untuk bayaran masuk ke taman tema dan taman tema air sepanjang tahun.

Bagi memeriahkan cuti persekolahan hujung tahun ini, LEGOLAND® Malaysia Resort menawarkan pelbagai promosi yang tidak harus dilepaskan.

Selain itu, Bonanza Hujung Tahun (Hotel LEGOLAND®) untuk tempahan 15 November hingga 15 Disember dan tempoh penginapan pada 15 November 2018 hingga 15 Januari 2019 (tempoh tanpa promosi dari 21- 31 Disember 2018). Diskaun sebanyak 15 peratus juga diberikan bagi kadar bilik.

Bagi pengunjung yang membeli-belah dalam tempoh 1 hingga 30 Disember ini, anda berpeluang memenangi hadiah Krismas LEGO® percuma dengan pembelian sekurang-kurangnya RM449.

Pemegang pas tahunan yang bertuah juga berpeluang memenangi Nissan Almera (bernilai RM72,000) pada 25 Disember.

Apa tunggu lagi, rasai sendiri percutian ‘Brick-Tacular’ LEGOLAND® Malaysia Resort yang paling unik ini dengan membuat tempahan tiket di laman web www.legoland.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi, aktiviti dan perayaan boleh ikuti Facebook dan Instagram LEGOLAND® Malaysia Resort.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Disember 2018 @ 10:53 AM