KAPAL Queen Hind yang karam di Laut Hitam.
KAPAL Queen Hind yang karam di Laut Hitam.
AFP

BUCHAREST: Penyelamat berusaha menyelamatkan 14,600 biri-biri dari dalam sebuah kapal kargo yang karam di Laut Hitam di luar perairan Romania, kata pihak berkuasa.

Kapal Queen Hind yang dalam perjalanan ke Arab Saudi terbalik tanpa diketahui puncanya sejurus selepas meninggalkan pelabuhan Midia, Romania.

20 kru kapal dari Syria dan seorang warga Lebanon diselamatkan bersama 32 biri-biri, dua darinya ditarik dari laut, kata jurucakap pasukan penyelamat, Ana-Maria Stoica.

“Operasi menyelamat diteruskan. Kami berharap biri-biri dalam kapal berkenaan masih hidup,” katanya kepada AFP.

Wakil NGO Animals International, Gabriel Paun mendakwa, kapal itu terlebih muatan, menambah Queen Hind sudah mengalami masalah enjin Disember tahun lalu.

“Siasatan perlu dibuka segera,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 8:53 PM