LADEN dilaporkan mati dalam kurungan selepas ditangkap susulan operasi pemburuan besar-besaran haiwan itu di timur laut India.
LADEN dilaporkan mati dalam kurungan selepas ditangkap susulan operasi pemburuan besar-besaran haiwan itu di timur laut India.
AFP

GUWAHATI: Seekor gajah liar yang diberi nama pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dilaporkan mati dalam kurungan selepas ditangkap susulan operasi pemburuan besar-besaran haiwan itu di timur laut India.

Gajah jantan yang digelar sebagai ‘Laden’ itu dikesan beberapa hari oleh pegawai perhutanan dan berjaya ditenangkan baru-baru ini, selepas mengamuk sehingga mengorbankan lima penduduk kampung di Goalpara, timur laut negeri Assam pada Oktober lalu.

Gajah itu dipindahkan ke Taman Negara Orang sebelum dilatih membuat rondaan di taman dan tempat perlindungan hidupan liar di Assam.

“Haiwan itu berkelakuan normal. Namun, kakinya diikat untuk tidak membolehkan dia bergerak ke mana-mana,” kata seorang renjer taman yang enggan dikenali.

Katanya, penjaga melaporkan gajah itu mati kira-kira jam 5 pagi tadi. Namun, punca kematian tidak jelas.

Seorang pegawai kanan berkata, kerajaan negeri akan menghantar pasukan veterinar untuk melakukan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 November 2019 @ 11:22 AM