KEADAAN mangsa selepas diserang militan.
KEADAAN mangsa selepas diserang militan.
Agensi

GUWAHATI, INDIA: Seorang wakil rakyat Arunachal Pradesh dan anak lelakinya antara 11 individu yang ditembak mati dalam kejadian di daerah Tirap, hari ini.

Pemberontak melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki anggota Parti Kebangsaan Rakyat, Tirong Aboh dan mangsa lain di Bogapani.

Polis berkata, ketika kejadian, Aboh dalam perjalanan ke Khonsa dari Assam.

Anggota militan Majlis Sosialis Kebangsaan Nagaland disyaki melakukan serangan itu berikutan Abot pernah menerima ugutan bunuh dari kumpulan itu, lapor AFP.

Serangan terbabit susulan pengakhiran pilihan raya umum India pada Ahad lalu.

Pada 1 Mei lalu, seramai 15 anggota tentera dan seorang pemandu maut dibunuh pemberontak Maoist di Maharashtra.

TIRONG Aboh.
TIRONG Aboh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2019 @ 10:16 PM