SUASANA suram di depan rumah Nirma (kiri). FOTO Agensi
SUASANA suram di depan rumah Nirma (kiri). FOTO Agensi
Agensi

JAKARTA: Cemburu kerana isteri rapat dengan adiknya, seorang lelaki di Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara, menetak mangsa dengan parang hingga mati.

Menurut polis, lelaki berkenaan dikenali sebagai JT menetak adiknya, Maxi Tumundo di kepala dan tangan, menjelang subuh, kelmarin.

Jurucakap polis, Iptu Martodewata, dari Balai Polis Belang berkata, pihaknya berusaha memastikan motif serangan itu.

“Namun, berdasarkan maklumat, suspek cemburu kerana mangsa mempunyai hubungan yang rapat dengan isterinya, apatah lagi ketiga-tiga mereka tinggal serumah.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa luka di kepala dan tangan akibat ditetak dengan senjata tajam,” katanya.

Menurut laporan Tribun News, isteri suspek dikenali sebagai Nirma Abas, 36, berkata, sebelum kejadian dia dan suami sempat membeli makanan untuk adik iparnya itu yang berada di rumah.

Menurutnya, tiada sebarang pertikaian berlaku sebelum suaminya keluar manakala mangsa tidur di bilik belakang.

Namun, menjelang subuh, dia terdengar percakapan suaminya yang sukar dipastikan isi percakapannya di depan rumah.

“Suami saya mabuk kerana pengaruh alkohol.

“Ketika saya keluar untuk melihat, tiba-tiba parang sudah dilibas kepada mangsa. Saya menjerit melihat mangsa jatuh berlumuran darah,” katanya.

Suspek kemudian menyerah diri kepada polis dengan menahan sebuah kenderaan polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu sebelum dia ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 8:00 AM