MAGZINE Gordon
MAGZINE Gordon
Agensi

LONDON: Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah selepas doktor gigi sebuah klinik pergigian di Brixton, mencabut 10 batang giginya.

Magzine Gordon, 48, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di kediamannya pada 19 Julai tahun lalu sebelum doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Menurut laporan Majlis Pergigian Awam yang disiarkan baru-baru ini, Magzine bertemu Dr Tushar Patel di klinik pergigian berkenaan kerana mengalami masalah gusi.

Patel mencadangkan gigi wanita itu dicabut dan digantikan dengan gigi palsu.

Ketika rawatan, Magzine memberitahu dia mengambil ubat pencair darah kerana masalah jantung.

Patel kemudiannya mencabut lima gigi Magzine pada 13 Julai lalu dan lima lagi pada 18 Julai tetapi tidak menampal atau merawat luka mangsa dengan baik.

Laporan itu memberitahu, Patel sepatutnya mencabut maksimum tiga gigi pesakit pada satu-satu masa dan dia juga gagal menilai risiko berdasarkan keadaan kesihatan wanita itu.

Sehari selepas itu, Magzine ditemui terbaring di rumahnya dalam keadaan berlumuran darah oleh adiknya yang menggambarkan keadaan itu seperti satu lokasi jenayah.

Susulan kejadian itu, Majlis Pergigian Awam menggantung lesen Patel selama setahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 12:05 PM