SATU-SATUNYA cara mencabut gigi pada tahun 1800 hingga awal 1900-an.
SATU-SATUNYA cara mencabut gigi pada tahun 1800 hingga awal 1900-an.
IMEJ cara mencabut gigi yang dijadikan karya seni bertajuk ‘Cabutan Tak Menyakitkan’ ini diambil di England.
IMEJ cara mencabut gigi yang dijadikan karya seni bertajuk ‘Cabutan Tak Menyakitkan’ ini diambil di England.
GRADUAN tunggal pergigian wanita dari Universiti Michigan pada 1896, Jessie Castle La Moreaux, mencabut gigi pesakitnya.
GRADUAN tunggal pergigian wanita dari Universiti Michigan pada 1896, Jessie Castle La Moreaux, mencabut gigi pesakitnya.
SEORANG wanita mencabut gigi seorang budak lelaki pada tahun 1920-an di Amerika.
SEORANG wanita mencabut gigi seorang budak lelaki pada tahun 1920-an di Amerika.
SEORANG doktor gigi di China mencabut gigi seorang pesakitnya pada tahun 1920-an.
SEORANG doktor gigi di China mencabut gigi seorang pesakitnya pada tahun 1920-an.
Agensi

Ramai masih takut setiap kali berjumpa doktor gigi walaupun sudah tahun 2017, tetapi gambar era Victoria ini mendedahkan bagaimana ngerinya prosedur merawat gigi pada zaman itu.

Sama seperti hari ini, kerosakan gigi sesuatu yang tidak menyenangkan. Tetapi pada tahun 1800-an dan awal 1900-an, mencabut gigi satu-satunya rawatan yang ada.

Kebanyakan mereka mendapatkan rawatan pergigian daripada tukang gunting rambut atau tukang besi, yang turut bertugas sebagai pakar bedah.

‘Pakar bedah’ amatur itu menggunakan playar atau forsep bagi mencabut gigi rosak tanpa menggunakan sebarang anestetik untuk mengurangkan kesakitan.

Malangnya, puluhan ribu orang mati selepas menjalani prosedur seperti itu akibat jangkitan kuman dan komplikasi lain.

Pada abad ke-19, perubatan gigi amat menyeramkan di Britain sehinggalah Akta Doktor Gigi diluluskan pada 1878, yang mengehadkan gelaran ‘doktor gigi’ dan ‘pakar bedah pergigian’ hanya kepada pengamal berdaftar.

Imej sejak abad ke-19 dan awal ke-20 ini menunjukkan kegerunan bidang pergigian era Victoria serta betapa bahaya dan menyeksakan untuk mendapat rawatan doktor gigi.

Dalam satu imej diambil pada 1855, seorang pesakit dilihat merenung ketakutan ke arah kamera sambil berpaut pada lengan doktor gigi ketika giginya dicabut menggunakan playar.

Gambar lain diambil pada 1892 pula menunjukkan seorang pembantu terpaksa membantu menahan seorang pesakit daripada melawan doktor yang cuba mencabut giginya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Jun 2017 @ 12:02 AM