GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

BANGKOK: Ibu kepada dua lelaki Myanmar yang dijatuhi hukuman mati kerana melakukan pembunuhan terhadap sepasang pengembara British di Thailand, menyerahkan rayuannya untuk mendapatkan pengampunan daripada raja Thailand hari ini.

Pekerja asing dari Myanmar, Zaw Lin dan Win Zaw Tun dihukum mati oleh mahkamah Thailand kerana merogol Hannah Witheridge, 23, dan membunuhnya bersama David Miller, 24.

Mayat pasangan itu dijumpai di pantai di pulau peranginan Koh Tao pada September 2014.

Menurut peguambela, bukti untuk menghukum kedua-dua lelaki itu tidak boleh dipercayai kerana pihak berkuasa menyalahguna DNA dan tidak membenarkan analisis bebas ke atas sampel.

“Pengakuan pasangan itu turut diperoleh di bawah tekanan.”

Rayuan pembelaan sudah tamat pada Ogos lalu dan pengampunan diraja atau penggantian hukuman mati oleh raja Thailand adalah peluang terakhir penangguhan.

“Kami tidak mencabar penghakiman tetapi memberi mereka hukuman mati, membuatkan mereka kehilangan peluang untuk melakukan sesuatu yang baik dengan kehidupan mereka,” kata peguam Nadthasiri Bergman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 4:00 PM