IBU bapa suspek warga Myanmar menunjukkan pasport mereka untuk ke Thailand selepas mendakwa anak mereka diseksa dalam tahanan.
IBU bapa suspek warga Myanmar menunjukkan pasport mereka untuk ke Thailand selepas mendakwa anak mereka diseksa dalam tahanan.
Reuters

London: Perdana Menteri Thai Prayut Chan-O-Cha bersetuju membenarkan polis Britain membantu siasatan terhadap pembunuhan dua warga Britain di pulau percutian Koh Tao.

Menurut sumber diplomatik, ketua junta Thai itu menarik balik bantahan terhadap lawatan penyiasat Britain selepas berunding dengan Perdana Menteri David Cameron di sidang kemuncak Sidang Kemuncak Asia-Eropah ASEM di Milan.

“Hasil rundingan itu memperoleh persetujuan perdana menteri Thai yang membenarkan kami menghantar beberapa penyiasat Britain ke Koh Tao dan bekerjsama dengan polis negara itu mengenai pembunuhan berkenaan,” kata sumber diplomatik Britain.

Pekerja pendatang Myanmar Zaw Lin dan Win Zaw Tun dituduh membunuh David Miller, 24, dan merogol serta membunuh Hannah Witheridge, 23, selepas mayat kedua-dua mangsa itu ditemui di Koh Tao, 15 September lalu.

Polis Thai berkata, kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah itu dan DNA mereka sama dengan sampel diambil daripada mayat Hannah.

Terdapat dakwaan kedua-dua lelaki itu diseksa, sesuatu yang disangkal oleh Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:05 AM