PEMAIN Jepun meraikan kejayaan mengalahkan Scotland di Yokohama, malam ini. — FOTO Reuters
PEMAIN Jepun meraikan kejayaan mengalahkan Scotland di Yokohama, malam ini. — FOTO Reuters
AFP

JEPUN menceriakan negara yang dilanda taufan besar apabila mereka mengatasi Scotland 28-21 untuk layak ke suku akhir Piala Dunia Ragbi buat kali pertama malam ini.

Pasukan bergelar Brave Blossoms itu menghasilkan empat try menarik dan mengekang asakan lewat Scotland yang terdesak sebelum memastikan muncul juara Kumpulan A dan mencipta pertembungan suku akhir dengan juara dua kali Afrika Selatan.

Wales mengalahkan Uruguay 35-13 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir menentang Perancis, manakala England berdepan musuh lama Australia dan juara bertahan New Zealand menentang Ireland pada suku akhir minggu depan.

Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Jepun mendahului 28-7 selepas 42 minit menerusi try mengagumkan Kotaro Matsushima, Keita Inagaki dan Kenki Fukuoka (dua), sebelum Scotland bangkit dengan jaringan WP Nel dan Zander Fagerson.

MATSUSHIMA (tengah) melakukan try menentang Scotland di Stadium Antarabangsa Yokohama. — FOTO AFP
MATSUSHIMA (tengah) melakukan try menentang Scotland di Stadium Antarabangsa Yokohama. — FOTO AFP

Namun pada perlawanan yang hampir dibatalkan kerana Taufan Hagibis, yang melanda seluruh Jepun semalam menyaksikan sekurang-kurangnya 26 terkorban, Jepun memperagakan aksi mengagumkan untuk memenangi semua empat perlawanan peringkat kumpulan.

“Kepada setiap orang yang menderita kerana taufan, perlawanan ini ditujukan khas kepada anda,” kata kapten Jepun, Michael Leitch.

“Ia lebih daripada sekadar satu perlawanan buat kami – ada percakapan perlawanan ini mungkin tidak diadakan – jadi kami turut sedih dengan setiap orang yang menderita kerana taufan malam ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Oktober 2019 @ 10:16 PM