Reuters

DUBAI: Sekurang-kurangnya lima cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah stesen kereta api laju Haramain di Jeddah, Arab Saudi hari ini, kata pihak berkuasa.

Rakaman stesen televisyen Al-Ekhbariya menunjukkan asap tebal menyelubungi kawasan terbabit sekurang-kurangnya selama empat jam selepas kejadian berlaku pada 12.35 tengah hari waktu tempatan.

Reuters yang memetik stesen itu melaporkan, pasukan pertahanan awam berusaha memadam kebakaran dengan bantuan bekalan air dan api di beberapa bahagian berjaya dikawal.

Menurut akaun rasmi Makkah, lima mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital dan terdapat 16 pasukan perubatan masih berada di tempat kejadian.

Manakala Al- Ekhbariya melaporkan, empat lagi mangsa masih dirawat di stesen berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 September 2019 @ 12:28 AM