PELARIAN ke kem PBB di Malakal, Sudan Selatan berjalan bersebelahan kenderaan perisan PBB pada 30 Disember 2013. FOTO AP
PELARIAN ke kem PBB di Malakal, Sudan Selatan berjalan bersebelahan kenderaan perisan PBB pada 30 Disember 2013. FOTO AP
AFP

Nairobi (Kenya): Enam pekerja bantuan maut dalam serang hendap di Sudan Selatan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad.

Mereka dibunuh ketika dalam perjalandan dari ibu negara, Juba ke bandar Pibor yang terletak pada timur negara itu.

Jurucakap Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, Eugene Owusu terkejut dan marah dengan pembubuhan kejam itu.

“Pada masa keperluan kemanusiaan mencapai tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini, serangan dan pembunuhan terhadap orang yang cuba membantu tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, agensi itu tidak mendedahkan siapa membiayai pekerja bantuan itu.

Menurut OCHA, serang hendap mengakibatkan jumlah mangsa terkorban paling tinggi dalam satu kejadian sejak perang saudara bermula pada Disember 2013.

Ia susulan dua lagi serangan terhadap pekerja bantuan bulan ini.

Sebelum ini, kakitangan perubatan dan pesakit terkorban dalam serangan di Yirol, 14 Mac lalu.

Sementara itu, ketika pertempuran di Mayendi di utara pada 10 Mac lalu, kakitangan tempatan badan bukan kerajaan (NGO) ditahan pemberontak bersenhata namun dilepaskan selepas empat hari, kata OCHA.

Kira-kira 100,000 orang kebuluran di Sudan Selatan akibat perang saudara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2017 @ 7:44 AM