26 maut dalam kebakaran di bar Caballo Blanco berpunca daripada perbalahan antara kumpulan gangster. FOTO AFP
26 maut dalam kebakaran di bar Caballo Blanco berpunca daripada perbalahan antara kumpulan gangster. FOTO AFP
Reuters

COATZACOALCOS: Sekurang-kurangnya 26 maut dalam kebakaran di sebuah bar disyaki dilakukan kumpulan penjenayah di sini malam kelmarin, kata pihak berkuasa.

Pejabat Peguam Negara di Veracruz dalam kenyataannya berkata, seramai 10 wanita dan 16 lelaki maut dalam bar Caballo Blanco, manakala 11 lagi dirawat di hospital berdekatan.

Gabenor Veracruz, Cuitlahuac Garcia menerusi Twitter berkata, serangan berpunca daripada perbalahan antara kumpulan gangster.

Semalam, video tular di media sosial memaoarkan seorang lelaki tempatan dengan mata ditutup yang dikenal pasti media sebagai pemilik bar dipenggal.

Dalam video itu, dua pembunuh tidak dikenali menuduh mangsa dan seorang lagi lelaki yang ditangkap menjual dadah tanpa kebenaran di bar itu sebelum memenggal kepala mereka dengan pisau.

Laporan beberapa media tempatan menyatakan penyerang melepaskan tembakan di bar sebelum membakarnya dengan koktel Molotov. 

Serangan itu antara kes pembunuhan beramai-ramai paling teruk sejak Presiden Andres Manuel Lopez Obrador memegang jawatan itu pada Disember lalu berikrar menenangkan Mexico dengan memerangi rasuah dan ketidaksamaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Ogos 2019 @ 10:02 AM