BAGUS (kiri) ditangkap kerana disyaki membunuh Ni Putu (kanan). FOTO Agensi
BAGUS (kiri) ditangkap kerana disyaki membunuh Ni Putu (kanan). FOTO Agensi
Agensi

BALI: Seorang lelaki yang mengaku gigolo bertindak membunuh seorang wanita yang melanggannya kerana terasa dihina selepas mangsa merungut perkhidmatan yang diberinya tidak memuaskan.

Tribunnews melaporkan, Bagus Putu Wijaya ditangkap susulan penemuan mayat seorang wanita, Ni Putu Yuniawati di sebuah bilik hotel di Denpasar semalam.

Jurucakap polis Denpasar, Ruddi Setiawan berkata, wanita berusia 39 tahun yang bekerja sebagai jurujual kereta bertemu dengan Bagus yang mahu membeli kereta.

“Dalam pertemuan berkenaan mangsa yang sudah berkahwin bertanya mengenai pekerjaan Bagus dan suspek mengaku dia menawarkan perkhidmatan seks secara dalam talian.

“Selepas mendengar pengakuan Bagus, mangsa mahu melanggan perkhidmatan lelaki itu dengan bayaran berjumlah Rp500,000 (RM146),” katanya.

Ujarnya, pasangan itu kemudiannya menyewa sebuah bilik hotel selama dua jam dengan bayaran Rp60,000 (RM18) pada petang Isnin lalu.

“Selepas melakukan hubungan seks, mangsa merungut kerana tidak berpuas hati dengan lelaki itu dan berkata, kamu tidak memuaskan saya, saya sudah rugi.

“Apabila mendengar kata-kata wanita itu, Bagus berang dan terus menekup muka wanita itu dengan bantal hingga mati,” katanya.

Menurutnya, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta milik mangsa tetapi berjaya ditangkap di Sulawesi Utara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 10:45 PM