GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

SAO PAULO: Lima maut manakala empat lagi cedera parah ditembak sekumpulan individu bersenjata yang menceroboh masuk sebuah kelab di Mostardas, Brazil awal pagi ini.

Menurut laman web berita UOL, anggota kumpulan itu merampas barang mangsa termasuk telefon bimbit dan dompet sebelum melarikan diri.

Polis memberitahu UOL semua mangsa tiada rekod jenayah dan mangsa cedera mendapatkan rawatan di hospital di Porto Alegre yang terletak hampir 220 kilometer dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun, maklumat berkenaan motif serangan tidak diketahui dan setakat ini polis belum menahan individu disyaki.

Pada Mei lalu, sebuah kumpulan bersenjata membunuh 11 orang dalam sebuah bar di bandar Belem.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 10:28 AM