IBUBAPA menanti maklumat terkini. FOTO Daily Mail
IBUBAPA menanti maklumat terkini. FOTO Daily Mail
Agensi

SAO PAULO: Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk lima kanak-kanak maut dalam serangan bersenjata di sebuah sekolah dipercayai dilaksanakan dua remaja.

Rangkaian berita Globo TV melaporkan, mangsa yang maut lima kanak-kanak, seorang dewasa dan dua penembak remaja. Penembak berkenaan dilaporkan membunuh diri selepas itu.

Menurut The Mirror, dua penembak memakai hud memasuki sekolah di Sao Paolo itu sebelum melepaskan tembakan secara rambang sejurus kelas bermula, pagi Rabu (waktu tempatan).

Lelaki dewasa yang maut dilaporkan adalah pengetua sekolah.

PIHAK polis dan pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian. FOTO Daily Mail
PIHAK polis dan pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian. FOTO Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2019 @ 10:35 PM