APPLE gantung fungsi Siri. FOTO/AGENSI
APPLE gantung fungsi Siri. FOTO/AGENSI
Reuters

CALIFORNIA: Apple Inc dan Alphabet Inc Google menggantung secara global semakan semula rakaman daripada pengguna yang berinteraksi dengan pembantu suara mereka susulan kebimbangannya terhadap jumlah privasi data.

Apple berkata semalam ia menghentikan sementara program ‘penggredan’, di mana ia berfungsi untuk menyemak semula rakaman tidak dikenali diambil dari perbualan orang ramai menerusi pembantu suara Siri.

Keputusan itu diambil selepas Guardian pada minggu lepas melaporkan, kontraktor syarikat yang ditugaskan untuk menyemak semula rakaman kerap mendengar maklumat sulit dan perbualan peribadi.

Google pula akan menghentikan sementara ulasan rakaman audio dari perkhidmatan pembantu Google untuk semua tujuan dalam semua bahasa, selepas kebocoran data audio Belanda.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Ogos 2019 @ 10:43 AM