BILIONAIR Epstein ditahan 6 Julai lalu. FOTO Reuters
BILIONAIR Epstein ditahan 6 Julai lalu. FOTO Reuters
Reuters

NEW YORK: Bilionair terkemuka yang dipenjara, Jeffrey Epstein dipercayai menyogok dua saksi untuk mempengaruhi mereka dalam kes penyeludupan seks yang dikemukakan terhadapnya, kata pendakwa raya semalam.

Reuters yang memetik pendakwa raya itu berkata, Epstein melakukan sogokan sebanyak AS$350,000 (RM1.4 juta) kepada dua individu yang tidak dinamakan itu.

Mereka mendapat tahu mengenai perkara itu melalui rekod bayaran yang diperoleh daripada sebuah institusi kewangan yang tidak dikenal pasti.

Epstein, 66, ditahan pada 6 Julai lalu di Lapangan Terbang Teterboro, New Jersey sebaik pulang dari Paris menaiki pesawat persendirian.

Dia membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan konspirasi dan penyeludupan seks yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 45 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2019 @ 10:30 AM