PUTERA Andrew. FOTO AFP
PUTERA Andrew. FOTO AFP
AFP

New York: Putera Andrew disaman oleh seorang wanita yang mengatakan dia 'dipinjamkan' untuk seks bahawa umur oleh mendiang pelabur Amerika Syarikat, Jeffrey Epstein.

Menurut saman difailkan di mahkamah daerah di Manhattan itu, plaintif adalah Virginia Giuffre dan defendan adalah Putera Andrew, Duke of York.

Giuffre mendakwa di dalam saman berkenaan bahawa dia sering dianiaya oleh Epstein dan dipinjamkan oleh Epstein kepada lelaki lain yang mempunyai kuasa besar untuk tujuan seksual.

"Salah seorang lelaki berkuasa besar itu... adalah defendan, Putera Andrew."

Menurut saman itu, Giuffre mendakwa Andrew menganiayanya secara seksual di rumah kepada sosialit, Ghislaine Maxwell di London, lebih 20 tahun lalu, ketika dia berusia bawah 18 tahun.

"Epstein, Maxwell, dan Putera Andrew memaksa plaintif, seorang kanak-kanak, untuk melakukan hubungan seks dengan Putera Andrew tanpa kerelaannya," menurut saman itu.

Andrew, 61, berulang kali menafikan beliau melakukan hubungan seks dengan Giuffre, dan berkata, beliau tidak ingat pernah menemuinya, namun dakwaan itu memberi kesan buruk kepada keluarga diraja.

Andrew, anak lelaki kedua kepada Ratu Elizabeth, mengundurkan diri daripada tugas diraja pada 2019 kerana persahabatannya dengan Epstein.

Giuffre juga mendakwa Andrew menganiayanya di rumah agam Epstein di New York dan di Little St James, pulau persendirian milik Epstein di US Virgin Islands.

Giuffre, kini 38, menyaman Andrew menerusi Akta Mangsa Kanak-Kanak kerana dia berusia 17 tahun ketika kejadian.

Epstein adalah pengurus dana pelaburan dana lindung nilai berjuta dolar Amerika Syarikat turut mempunyai kenalan lain seperti Bill Clinton dan Bill Gates.

Dia membunuh diri di dalam penjara pada 2019 ketika menunggu perbicaraan atas dakwaan melakukan pemerdagangan seks membabitkan individu bawah umur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 11:22 AM