GEMPA itu menyebabkan bangunan bergegar dan mengejutkan penduduk di beberapa bandar. FOTO  AFP
GEMPA itu menyebabkan bangunan bergegar dan mengejutkan penduduk di beberapa bandar. FOTO AFP
Reuters

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami dan tiada laporan kerosakan besar susulan gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud yang menggegarkan timur laut kepulauan Sulawesi pada lewat semalam.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia melaporkan, gempa bumi dikesan di dasar laut pada kedalaman 36 kilometer disusuli beberapa gempa susulan.

Gempa itu menyebabkan bangunan bergegar dan mengejutkan penduduk di beberapa bandar sementara pihak berkuasa meminta orang ramai berpindah ke tempat tinggi.

“Gegaran berlaku agak kuat dan lama. Tiada laporan kerosakan atau kematian di Ternate, bandar paling hampir dengan pusat gempa,” kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat Indonesia, Yusuf Latif.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 11:07 AM