PUSAT gempa berada di 117 kilometer (km) barat daya daerah Pacitan. IMEJ Google Maps
PUSAT gempa berada di 117 kilometer (km) barat daya daerah Pacitan. IMEJ Google Maps
BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi bermagnitud 6 melanda wilayah barat Jawa Timur di Indonesia pada awal Khamis, tetapi tidak berpotensi mencetuskan tsunami, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu, lapor Xinhua.

Agensi itu melaporkan bahawa gempa bumi berlaku pada 12.04 tengah malam Rabu, dengan pusat gempa berada di 117 kilometer (km) barat daya daerah Pacitan, dengan kedalaman 10 km di bawah dasar laut.

Gegaran gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan ombak besar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2023 @ 12:19 PM