MILEY pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan membuat persembahan. FOTO: Agensi
MILEY pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan membuat persembahan. FOTO: Agensi
Agensi

LONDON: Penyanyi popular, Miley Cyrus sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan payudaranya dan mempamer aksi mengghairahkan ketika membuat persembahan di satu festival muzik kelmarin.

Mail Online melaporkan, Cyrus, 26, kali pertama membuat persembahan di Pyramid Stage ketika Festival Glastonbury di Worthy Farm, Somerset dekat sini kelmarin

Namun, penyanyi kontroversi itu memastikan persembahannya di festival muzik terkenal itu terus diingati.

Ketika persembahan berkenaan, Cyrus yang memakai baju putih jarang membuatkan penonton terkejut apabila menarik bajunya sekali gus mendedah separuh payudaranya.

Tidak cukup dengan itu, Cyrus yang popular dengan siri drama Hannah Montana itu turut membuat beberapa aksi mengghairahkan termasuk meletakkan mikrofon di kemaluannya.

Cyrus sebelum ini pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi dengan membuat persembahan berunsur lucah ketika di pentas.

Penyanyi itu juga berdepan ketagihan dadah dan dimasukkan ke pusat pemulihan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 8:17 PM