PIHAK berkuasa Senegal merampas sejumlah 789 kilogram (kg) dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam kereta baru yang dihantar menaiki kapal dari Brazil. FOTO Hiasan
PIHAK berkuasa Senegal merampas sejumlah 789 kilogram (kg) dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam kereta baru yang dihantar menaiki kapal dari Brazil. FOTO Hiasan
Reuters

DAKAR: Pihak berkuasa Senegal merampas sejumlah 789 kilogram (kg) dadah jenis kokain yang disembunyikan dalam kereta baru yang dihantar menaiki kapal dari Brazil.

Reuters yang memetik kenyataan pihak kastam berkata, ia ditemui dalam 15 kereta menerusi kapal yang berlabuh di Dakar.

Ia adalah penemuan terbaru selepas pihak berkuasa merampas 283 kg kokain yang diseludup dari Brazil menggunakan taktik sama pada Rabu lalu.

Penyeludup dadah menjadikan Afrika Barat sebagai lokasi utama untuk membawa masuk dadah dari Amerika Selatan ke Eropah.

Minggu lalu, Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Mengenai Jenayah dan Dadah (UNODC) dalam kenyataannya berkata, sebanyak 3.4 tan kokain dirampas di Afrika pada 2017 berbanding 1.2 tan pada 2015.

Kali terakhir pihak berkuasa Senegal melakukan rampasan besar adalah pada 2007 membabitkan 2.5 tan kokain bernilai lebih AS$300 juta (RM1.2 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2019 @ 10:40 AM