PESAWAT Ethiopian Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Dakar.
PESAWAT Ethiopian Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Dakar.
AFP

DAKAR: Sebuah pesawat Ethiopian Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Dakar selepas salah satu enjinnya terbakar namun semua 90 penumpang dan kru dilaporkan selamat, kata pihak berkuasa.

AFP yang memetik jurucakap lapangan terbang Senegal, Tidiane Tamba berkata, pesawat Boeing 767 itu baru saja berlepas dari Dakar ke Addis Ababa sebelum juruterbang meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas.

Ethiopian Airlines mengesahkan, salah satu pesawatnya itu mengalami masalah teknikal dan sudah berpatah balik dengan selamat.

Mac lalu, pesawat Boeing 737 MAX milik syarikat penerbangan itu terbabit dilaporkan terhempas sebaik berlepas dari Addis Ababa hingga mengorbankan 157 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 11:48 PM