BAS yang membawa pelajar dari negeri Himachal Pradesh itu terbabas dan terjunam berhampiran Nurpur. FOTO AFP
BAS yang membawa pelajar dari negeri Himachal Pradesh itu terbabas dan terjunam berhampiran Nurpur. FOTO AFP
AFP

SEKURANG-KURANG 30 orang termasuk 27 kanak-kanak maut hari ini di utara India apabila bas sekolah terjunam ke dalam gaung di banjaran Himalaya, kata polis.

Bas yang membawa pelajar dari negeri Himachal Pradesh itu terbabas dan terjunam berhampiran Nurpur, 325 kilometer dari ibu negeri wilayah itu, Shimla.

“Bas berkenaan jatuh bergolek ke jurang sedalam 60 meter, mengorbankan 27 pelajar, dua guru dan pemandu,” kata pegawai polis kanan, Santosh Patialma.

Kebanyakan pelajar asrama itu berusia antara 10 dan 12 tahun, katanya, menambah 12 dikejarkan ke hospital, kebanyakannya dalam keadaan kritikal.

Orang ramai bergegas ke lokasi bas berkenaan yang terbalik untuk mencari mangsa terselamat.

Imej dari lokasi kejadian menunjukkan kanak-kanak yang cedera dibawa dengan pengusung dan didukung orang ramai dalam keadaan berdarah.

Kerajaan negeri mengumumkan pampasan AS$7,700 (RM29,806) bagi setiap keluarga mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 April 2018 @ 1:05 AM