Enam kanak-kanak dan pemandu bas terbunuh selepas bas terbabas ke dalam jurang. FOTO ANI/Deccan Herald/Twitter
Enam kanak-kanak dan pemandu bas terbunuh selepas bas terbabas ke dalam jurang. FOTO ANI/Deccan Herald/Twitter
AFP

SHIMLA: Enam kanak-kanak maut manakala 12 lagi cedera selepas bas terhumban ke dalam jurang sempit di utara India hari ini, kata polis.

Pemandu bas berkenaan turut terbunuh dalam kemalangan itu dengan tujuh pelajar cedera berada dalam keadaan kritikal.

“Mereka terbunuh termasuk enam pelajar dan pemandu bas,” menurut pegawai kanan polis di daerah Sirmaur, Rohit Malpani.

Semua pelajar di dalam bas berkenaan berusia antara empat dan 14 tahun.

Mereka adalah pelajar sekolah di kawasan pedalaman di negeri Himachal Pradesh.

Pegawai tidak menjelaskan punca kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 January 2019 @ 9:45 PM